Connect with us

Oh! Media

Oh! Tidak

Warga Emas Dan Anak Tiri Didakwa Rogol Remaja Perempuan Dalam Kereta Selang Sejam

Semalam tular mengenai seorang warga emas dan anak tirinya didakwa rogol seorang remaja perempuan di dalam sebuah kereta. Allahu..

Menurut laporan Berita Harian, kejadian tersebut berlaku pada 25 Mei 2017 dan tertuduh, 77 tahun yang berkerusi roda dan anaknya, 21 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Muar semalam.

IKLAN

Ketika kejadian yang berlaku di Jalan Kinabalu, Kluang, Johor pada 6 tahun lepas itu, remaja lelaki itu bekerja sebagai penghantar barang didakwa merogol remaja perempuan yang ketika itu baru saja berusia 15 tahun.

Rogol

Selang sejam kemudian, warga emas itu pula didakwa melakukan perbuatan terkutuk pada mangsa yang sama di dalam kereta yang sama. Allahu..

Warga emas

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan 10 kali sebatan.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah dan terus dibawa ke lokap selepas masing-masing gagal membayar ikat jamin sebanyak RM12,000 dan RM15,000.

Dua beranak itu didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan 10 kali.

Mahkamah menetapkan 9 Ogos akan datang sebagai hari sebutan kes dan serahan dokumen.

Sebelum ini, kami ada kongsikan cerita seorang remaja lelaki yang baru saja berusia 15 tahun didakwa hari ini atas dua pertuduhan merogol adik kandungnya sendiri sehingga dapat anak.

BACA : Remaja Lelaki 15 Tahun Rogol Adik Kandung Sampai Dapat Anak Mengaku Bersalah

Remaja itu didakwa merogol adiknya yang berusia 14 tahun di Mahkamah Majistret Jelebu mengikut Seksyen 376B ( 1) Kanun Keseksaan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas