
Oh! Tidak
Remaja Lelaki 15 Tahun Rogol Adik Kandung Sampai Dapat Anak Mengaku Bersalah
Oleh
Seorang remaja lelaki yang baru saja berusia 15 tahun didakwa hari ini atas dua pertuduhan merogol adik kandungnya sendiri sehingga dapat anak. Allahu..
Menurut laporan Harian Metro, remaja itu didakwa merogol adiknya yang berusia 14 tahun di Mahkamah Majistret Jelebu mengikut Seksyen 376B ( 1) Kanun Keseksaan.
Untuk pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan adiknya itu pada jam 11 hingga 12 tengah malam di antara 21 Jun hingga 30 Jun 2022 manakala untuk pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan mangsa sama antara 11 malam hingga 12 tengah malam antara 1 September hingga 10 September 2022.
Adik selamat lahirkan anak
Bukan tu jer, mangsa juga telah selamat melahirkan bayi lelaki cukup sifat pada 16 Februari lepas dengan bantuan ibunya. Walau bagaimanappun, tertuduh mengaku bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan tadi.
Kredit: Harian Metro
