Connect with us

Oh! Media

Selamba Memandu Dalam Keadaan Mabuk, 4 Individu Ditahan Polis

Trending

Selamba Memandu Dalam Keadaan Mabuk, 4 Individu Ditahan Polis

Umum mengetahui, kemalangan jalan raya merupakan insiden yang kerap berlaku sejak akhir-akhir ini sehingga meragut ribuan nyawa.

ADVERTISEMENT

BACA: Penunggang Motosikal Maut, Terlanggar Lelaki Mabuk

Terdapat banyak sebab kemalangan di jalan raya boleh berlaku antaranya ialah memandu secara mabuk, lubang-lubang di jalan raya, keadaan jalan yang licin dan sebagainya.

Oleh itu, masyarakat digalakkan untuk mengamalkan ciri-ciri keselamatan semasa memandu di jalan raya agar tidak membahayakan nyawa sendiri serta pengguna lain.

Empat individu ditahan memandu secara mabuk

Namun, perkara sama turut berlaku apabila polis telah menahan empat individu lelaki yang memandu dalam keadaan mabuk semalam.

Mereka ditangkap menerusi Ops Alkohol dan Cegah Jenayah di Lebuh Raya Sprint serta Jalan Utara yang dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, operasi yang bermula pada 11 malam itu telah berjaya menahan kesemua suspek berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun.

Kita telah menahan empat lelaki selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan.

Walaubagaimanapun, mereka yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 45 (A) 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had dibenarkan.

Kata Mohamad Fakhrudin, tujuan operasi itu dijalankan adalah bagi membendung kesalahan jalan raya terutamanya mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Tambahnya lagi, hasil daripada operasi itu, sebanyak 13 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas