Connect with us

Oh! Media

Sekumpulan Anggota Polis Ditahan Sedang Leka Berhibur Dalam Kelab Malam

anggota polis

Oh! Tidak

Sekumpulan Anggota Polis Ditahan Sedang Leka Berhibur Dalam Kelab Malam

Lain macam sungguh serbuah PDRM dekat kelab malam kali ni sebab turut menahan beberapa orang anggota polis sedang leka berhibur. Serbuan itu dilakukan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dan enam orang anggota polis IPD, Perak telah ditahan.

ADVERTISEMENT

Serbuan itu turut disertai Jabatan Agama Islam Perak dan ia dilakukan pada jam 11.30 malam di sebuah pusat hiburan di Ipoh.

Menariknya, salah seorang anggota yang ditahan sangkut pemeriksaan air kencing selepas didapati postif dadah jenis ganja dan minum minuman keras.

Siasatan kes akan dikendalikan JIPS di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan pada masa ini siasatan membabitkan sudut tatatertib.

Terdapat situasi dan keadaan yang membenarkan anggota berada di dalam premis berkenaan berdasarkan arahan dalaman, namun siasatan akan dibuat apabila ada anggota terbabit dikesan positif dadah dan minum minuman keras. – Kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad.

Ini bukan penyamaran dah ni sebab boleh pula positif ganja. Apapun kita serahkan sahaja kes ini disiasat pihak PDRM. Syabas PDRM!

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas