Connect with us

Oh! Media

“Sedekahkan Al-Fatihah Kalau Rindu” – Dua Beradik Kini Yatim Piatu, Ibu Bapa Meninggal Akibat Pandemik

Oh! Tidak

“Sedekahkan Al-Fatihah Kalau Rindu” – Dua Beradik Kini Yatim Piatu, Ibu Bapa Meninggal Akibat Pandemik

Semasa musim pandemik ini, purata jangkitan kian meningkat dari hari ke hari. Sudah semestinya wabak ini akan menjadi mimpi ngeri kepada masyarakat mahupun di dalam negara ataupun luar negara.

ADVERTISEMENT

Namun, kisah sedih berlaku kepada dua beradik bernama Mohammad Syahmil dan adiknya Nurhaniesya, 8 apabila mereka menjadi yatim piatu selepas ibu dan bapanya meninggal dunia akibat dijangkiti virus yang kian menular ini.

Menurut laporan Harian Metro, arwah ibunya bernama Hazliza Hassan, 38, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 14 Jun di Hospital Jempol, manakala bapanya bernama Sabiha Ibrahim, 38, meninggal dunia akibat pada 28 Jun i Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah

Mohammad Syahmil berkata, dia sempat mendengarkan pesanan terakhir daripada bapanya menerusi panggilan telefon yang meminta kepada dua beradik itu untuk sedekahkan al- Fatihah jika merindui mereka.

Menurut Syahmil, pesanan terakhir bapanya itu sentiasa terngiang-ngiang dalam fikiran dan hanya mampu memeluk baju arwah ibu dan bapa serta menatap gambar mereka bagi mengubati rindu.

Dua beradik tu kini tinggal bersama nenek mereka yang bernama Salmah Abdol, 69, di Felda Palong 7.

Nurhaniesya (kiri) manakala abang Mohammad Syahmil (Tengah) bersama neneknya, (Salmah) kanan menunjukkan gambar arwah ibu dan bapanya yang meninggal dunia akibat virus Covid-19 (Sumber: Utusan Harian)

Salmah turut berkata, tidak tidak menyangka bahawa akan kehilangan anak dan menantunya dalam masa yang singkat akibat virus berkenaan dan menyatakan bahawa kedua-dua arwah mempunyai sejarah kencing manis. darah tinggi dan buah pinggang.

Hazliza sebelum itu sudah beberapa kali berulang-alik ke Hospital Jempol kerana menjalani pemeriksaan masalah kandungannya. Beberapa hari selepas pulang ke rumah dia mengalami sesak nafas

Sekembalinya arwah ke hospital, arwah disahkan meninggal dunia akibat Covid-19

Beriutan itu, Salmah bersama menantu serta dua cucunya turut diarah menjalani ujian saringan sebelum disahkan positif dan mereka dibawa ke Pusat Kuarintin Kuala Pilah.

Bagaimanapun, kesihatan menantu saya semakin merosot dan dihantar ke HTAN bagi rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia selepas tiga hari menerima rawatan.

Namun, Salmah yang redo akan kehilangan anak dan menantunya akibat pandemik ini berjanji akan menjaga kedua-dua cucunya sehingga akhir hayatnya.

Dalam kesempatan ini, kami dari pihak Oh! Media turut menzahirkan rasa simpati kepada dua beradik itu selepas kehilangan kedua orang tuanya dan kami sentiasa mendoakan agar kedua-dua arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. al-Fatihah (Dibaca).

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top