Connect with us

Oh! Media

Scammer Merayu Kepada Mangsanya Untuk Hentikan Santau, Serik 3 Hari Muntah Paku

scammer

Trending

Scammer Merayu Kepada Mangsanya Untuk Hentikan Santau, Serik 3 Hari Muntah Paku

Bila buku bertemu ruas, itulah apa yang sesuai untuk kita gambarkan dengan apa yang berlaku kepada scammer ni. Siapa tidak geram dengan tipu daya yang digunakan scammer untuk pastikan mereka dapat perdaya mangsa.

ADVERTISEMENT

BACA: Melampau Punya Scammer! Ada Ke Patut Menyamar Jadi Permaisuri Agong Minta RM3K?

Namun, tidak untuk lelaki ini apabila dia menghantar santau dan menyiksa scammer tersebut.

Tiga hari muntah paku

Abang, tolong jangan seksa saya, tiga hari saya muntah paku. Saya pulangkan duit abang, saya merayu pada abang, saya tak tahan.

Itulah rayuan dari seorang scammer kepada mangsanya selepas menipu ketika proses jual beli.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh mangsa yang bengang apabila duit yang dibayarnya lesap dan barang yang dibeli tidak dihantar dalam tempoh dijanjikan. Disebabkan terlalu marah, mangsa tidak teragak-agak untuk menghantar santau untuk memberi pengajaran sehingga duitnya dipulangkan semula.

Aku cakap aku buat, kau bayar semula duit aku sebelum aku hantar lagi santau dekat kau. Salah orang kau nak scam.

Niat tak menghalalkan cara

Walaupun ramai yang berpuas hati melihat nasib scammer itu, ada juga yang merasakan perbuatan menyantau lebih kejam.

Niat tak menghalalkan cara walaupun dia pulang semula duit, dosa syirik dengan Allah? Dosa kita santau orang?- Netizen.

Harap apa yang berlaku ini dapat dijadikan pengajaran. Perbuatan salah tetap salah dan kita jangan sesekali melakukannya.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas