Connect with us

Oh! Media

“Saya Tak Reda..” – Pelajar Kecewa Pensyarah Tidak Sensitif Isu Banjir?

Oh! Tidak

“Saya Tak Reda..” – Pelajar Kecewa Pensyarah Tidak Sensitif Isu Banjir?

Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memutuskan untuk memberikan cuti kecemasan kepada semua kakitangan awam yang terkesan akibat bencana banjir.

ADVERTISEMENT

BACA: Perdana Menteri Setuju Berikan Bantuan Wang Tunai RM1,000 Kepada Mangsa Kebakaran Rumah

Bagi syarikat swasta pula, beliau menyarankan agar pihak atasan memberikan cuti berbayar atau paid leave kepada pekerja dengan tidak menolak peruntukan cuti tahunan dan gaji mereka.

Selain itu, pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) juga turut mengumumkan cuti bencana dengan semua kuliah dibatalkan mulai hari ini sehingga Sabtu atau 20 hingga 25 Disember.

Terjejas akibat banjir, murid kecewa dakwa pensyarah tidak sensitif isu banjir?

Bagaimanapun, terdapat sebuah kejadian melibatkan seorang pelajar yang dikatakan pulang ke rumah dan tersekat oleh kerana bencana banjir yang berlaku.

Namun, dirinya berasa kecewa selepas salah seorang pensyarahnya dikatakan tidak bertolak ansur akan perkara itu selain tetap ingin dirinya menghadiri kelas.

Menerusi perkongsiannya di aplikasi TikTok, pensyarah tersebut pada awalnya bertanya sama ada perlu untuk menggunakan kelas melalui sebuah kumpulan WhatsApp.

Kemudian, pelajar tersebut yang sudah pulang ke rumah atas sebab tertentu telah bertanya adakah dibenarkan jika dirinya tidak membuka kamera ketika menghadiri kelas akibat hujan lebat yang berterusan.

Disangka diberi kelonggaran, namun pensyarah tersebut dilihat tidak bertolak ansur selain turut mengaitkan tentang pilihan pelajar pada awal semester untuk pulang ke kampus.

Selain itu, dia juga dipercayai turut menyatakan bahawa semua orang tahu akan negara ini akan menghadapi angin Monsun pada setiap Disember selain kes banjir tersebut bukanlah kali pertama berlaku pada tahun ini.

@qemalauv

kadang rasa mcm kita ni tkleh tegur org dewasa ke? ##daruratbanjir

♬ bunyi asal – Iqemal

Kesal pensyarah tidak common sense, tak reda ilmu yang disampaikan

Difahamkan, selepas isu tersebut tular di media sosial, pensyarah tersebut dilihat kecewa dengan sikap anak muridnya selain turut menegur perbuatan mereka.

Menerusi perkongsian terbaharunya, pelajar tersebut telah berkongsikan rakaman suara dipercayai daripada pensyarah tersebut yang menegaskan dirinya tidak reda akan ilmu yang telah disampaikan selama ini.

@qemalauv

Balas kepada @autumnmoona nah ngade2 je😂 aq penat tau edit sndiri kasi slowkan music

♬ bunyi asal – Iqemal

Selain itu, pensyarah berkenaan turut menyatakan bahawa para pelajar tidak memahami situasi yang berlaku serta apa makna sebenar yang ingin disampaikan.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen juga dilihat turut mengecam tindakan pensyarah tersebut selain mempertikaikan statusnya sebagai seorang pendidik.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 1 juta jumlah tontonan serta mendapat 103,300 tanda suka.

Kredit: TikTok qemalauv

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas