Connect with us

Oh! Media

“Saya Faham Etika Perguruan” – Video Tiktok Dihentam Berbaur Seksual, Guru Praktikal Mohon Maaf

Trending

“Saya Faham Etika Perguruan” – Video Tiktok Dihentam Berbaur Seksual, Guru Praktikal Mohon Maaf

Di TikTok, seorang guru praktikal dikenali sebagai Zeeq tampil memberi respon kepada isu tular yang dikaitkan dengannya di media sosial.

ADVERTISEMENT

Rata-rata netizen mengkritik tindakannya menghasilkan video ‘point of view’ ketika mengajar. Orang ramai meluahkan rasa kurang senang dan mendakwa video itu ada unsur berbaur seksual ke atas anak muridnya.

Menjelaskan hal sebenar, guru ini berkata apa yang tersebar di media sosial bukanlah video penuh sebaliknya hanya screenshot.

Ujarnya, apa yang dia cuba disampaikan adalah perasan malu sekiranya ada murid merenungya ketika mengajar, tidak lebih daripada itu.

Dua hari yang lepas saya ada upload video dekat TikTok dan content sebenarnya video itu adalah saya malu kalau student saya tenung saya waktu saya tengah mengajar. Itu saja yang saya cuba nak sampaikan tapi adalah beberapa pihak reshoot part-part tertentu post dekat Twitter mengatakan itu adalah grooming behavior.

Katanya video yang telah tersebar itu benar-benar telah merisaukannya. Dia sendiri telah memadam video asal di TikTok dan memohon orang ramai turut memadam hantaran yang tersebar itu.

Dia mengaku bersalah dan memohon maaf kepada mana-mana pihak yang merasakan content yang dibuatnya itu sensitif. Dia sedar membawa nama baik sekolah dan institusi KPM yang dipandang tinggi.

Lelaki ini memahami etika perguruan dan akan lebih berhati-hati dalam menghasilkan sebarang content di media sosial selepas ini.

Kredit: Twitter Zeeq

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas