Connect with us

Oh! Media

Sangka Isteri Ada Hubungan Sulit Dengan Tukang Masak, Suami Dipercayai Belajar Buat Bom

tukang masak

Oh! Tidak

Sangka Isteri Ada Hubungan Sulit Dengan Tukang Masak, Suami Dipercayai Belajar Buat Bom

Sebelum ini Ohmedia ada kongsikan tentang penahanan dua orang suspek yang juga merupakan pasangan suami isteri yang dipercai terlibat dalam kes letupan bom hingga menyebabkan seorang tukang masak maut.

ADVERTISEMENT

BACA: Polis Tahan Pasangan Suami Isteri Di Kedah, Disyaki Terlibat Kes Pelayan Kedai Maut Letupan Bom

Memetik laporan Harian Metro, suspek lelaki yang berusia 33 tahun itu dipercayai melakukan perkara itu selepas menyangkakan berlaku hubungan sulit antara mangsa dan isteri suspek.

Suspek yang bekerja sebagai pembuat seramik itu kemudian belajar membuat bom sendiri melalui YouTube sebaik sahaja mengetahui hubungan sulit itu pada Mei tahun lalu.

Mangsa kemudian melarikan diri dari Kedah dan berpindah ke Ampang sebelum berlaku kejadian letupan berkenaan.

Siasatan lanjut kini sedang berjalan. Polis tidak menolak kemungkinan suspek belajar membuat bom dari YouTube. – Kata Pemangku Ketua Polis, Datuk S Sasikala Devi.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas