Connect with us

Oh! Media

Kebenaran Rentas Negeri Mungkin Diumumkan Petang Ini?

Ismail Sabri

Trending

Kebenaran Rentas Negeri Mungkin Diumumkan Petang Ini?

Seperti semua tahu, Kementerian Kesihatan sebelum ini mengumumkan bahawa kebenaran rentas negeri akan dilaksanakan selepas kadar populasi dewasa telah mencapai 90 peratus.

ADVERTISEMENT

BACADebaran Kian Terasa, Hanya 0.9 Peratus Sahaja Lagi Untuk Rentas Negeri

Menurut laporan Astro Awani, untuk mencapai sasaran itu hanyalah berbaki 0.3 peratus memandangkan ianya telah mencapai 89.7 peratus setakat semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan mengumumkan kelonggaran rentas negeri itu hari ini menerusi sidang media khas pada petang ini.

Untuk pengetahuan, seramai 21.003 juta individu lengkap divaksinasi sementara 22.17 juta populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Walaubagaimanapun, kebenaran yang pasti ramai sedang tertunggu itu masih belum disahkan lagi. Apapun, sama-sama kita tunggu apa yang bakal diumumkan Perdana Menteri petang ini.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas