Oh! Tidak
Remaja Teringin Makan Malam Dengan Keluarga Sebelum Kemalangan Maut
Siapa sangka teringin untuk makan malam bersama keluarga akan jadi permintaan terakhir untuk seorang remaja? Allahu…
Menerusi laporan Kosmo!, bapa saudara kepada remaja, Siti Umairah Alias berkata mangsa bersungguh-sungguh untuk mengajak ibu dan bapa tirinya makan di sebuah kedai.
Tambahnya, permintaan Umairah itu sempat dipenuhi oleh ibu dan bapanya sebelum maut dalam kejadian itu.
Arwah teringin makan char kuetiau dan malam itu memang kami makan bersama. Tidak sangka ia kenangan terakhir bersama.
Kemalangan itu juga berlaku tidak jauh dari kedai makan yang kami pergi.

Tak sempat elak jadi sebab kemalangan
Susulan itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superitendan Shamsudin Mamat berkata kejadian tersebut melibatkan dua buah motosikal dan sebuah kereta berdekatan SMK Bogor.
Setibanya di lokasi, warga asing itu yang berada di hadapan secara tiba-tiba mengubah haluan ke kanan untuk membelok masuk ke simpang.
Tindakan itu menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu bergesel di bahagian kanan motosikal seterusnya bertembung dengan kanan kereta.
Innalillahiwainnailaihirojiun… Betul lah orang kata ajal dan maut tak mengenali usia. Semoga keluarga tabah menghadapi ujian ini.. Al-Fatihah.

Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM