Connect with us

Oh! Media

Remaja Lelaki Maut Selepas Main Banjir Di Belakang Rumah

Article 1 1 3

Trending

Remaja Lelaki Maut Selepas Main Banjir Di Belakang Rumah

Banjir di Terengganu semakin meningkat dan menyebabkan ramai penduduk di kawasan tertentu kehilangan ahli keluarga dan harta benda. Kejadian di Bandar Cheneh, Kemaman telah meragut seorang remaja lelaki berumur 14 tahun selepas dia bermain banjir bersama adiknya di belakang rumah.

BACA: “Saya Terkilan”- Abang Viva Belum Dapat Bantu, Arus Deras Di Hulu Terengganu

Menerusi laporan Kosmo, mangsa yang bernama Muhammad Alimi Hashim gagal diselamatkan dalam kejadian yang berlaku jam 3 petang itu, walaupun mendapat bantuan awal dari pihak bomba.

IKLAN

Main di kawasan limpahan banjir

Screenshot 2022 03 01 at 95350 am
Foto Kosmo

Menurut Ketua Zon Dua Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azman Alias, mangsa telah bermain di kawasan limpahan banjir sedalam dua meter di belakang rumah bersama adiknya.

Sewaktu sedang berseronok bermain, pelajar tingkatan dua Sekolalah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheneh itu dikatakan tiba-tiba lemas.

Adik lelaki mangsa sempat menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing kawasan limpahan banjir untuk meminta bantuan.

Kakak kepada mangsa telah cuba untuk selamatkannya dengan terjun ke kawasan limpahan banjir itu, namun usaha itu gagal kerana kakaknya juga hampir lemas sebelum diselamatkan oleh orang ramai.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Cheneh di sini sebelum pegawai perubatan bertugas mengesahkan remaja itu sudah meninggal dunia.

Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk tindakan lanjut.

Azman Alias mengingatkan agar orang ramai memantau gerak-geri anak-anak sewaktu banjir kerana keadaan sekarang ini sangat membahayakan.

Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dengan menghalang anak-anak untuk bermain dengan air banjir kerana ia akan memudaratkan kesihatan dan nyawa.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas