Connect with us

Oh! Media

Remaja Bengang Rakan Tak Mahu Hisap Kemaluannya Kini Ditahan Polis

Trending

Remaja Bengang Rakan Tak Mahu Hisap Kemaluannya Kini Ditahan Polis

Seorang pelajar lelaki tergamak mencederakan dan mengugut rakannya dengan pisau selepas enggan menuruti kemahuannya untuk melakukan seks oral. Pergh! Biar betul budak-budak zaman sekarang ni.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Utusan Online, kejadian berlaku pada petang kelmarin di sebuah taman perumahan di Gurun, Kedah dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan.

Mangsa yang baru saja berusia 11 tahun itu telah mengalami lebam di pipi kanan selepas ditampar dan dipukul suspek. Bukan tu jer, suspek juga dipercayai telah menggunakan pisau untuk mencederakan mangsa kerana ada kesan calar di dada, badan dan lutut kanan.

Pada awalnya, suspek membawa mangsa menaiki kereta jenis Perodua Kancil ke sebuah kedai.

Semasa di dalam kereta, murid tahun empat itu diarah membuka seluar suspek dan menghisap kemaluannya tetapi mangsa enggan menyebabkan dia ditampar dan dipukul.

Suspek kemudian membawa mangsa ke rumahnya dan mengarahkannya untuk melakukan perkara tersebut sekali lagi dan arahan itu enggan diikuti mangsa.

Marah punya pasal, mangsa telah dicekik dan dicederakan dengan sebilah pisau sebelum pulang ke rumah dan memberitahu bapanya.

Selepas mengetahui kejadian itu, bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Gurun dan suspek telah ditahan pada malam hari yang sama di rumahnya.

Suspek kini direman empat hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTKK) 2017 serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Kredit: Utusan Online

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! mefia.p

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas