Connect with us

Oh! Media

Redza Minhat Bidas Kenyataan Individu Dakwa Gaji RM2,800 Cukup Sara Tiga Isteri

Trending

Redza Minhat Bidas Kenyataan Individu Dakwa Gaji RM2,800 Cukup Sara Tiga Isteri

Isu berkaitan dengan gaji suami serta nafkah yang wajib diberikan kepada isteri ini seringkali menjadi perdebatan dalam kalangan netizen di media sosial.

ADVERTISEMENT

BACA: “Tak Boleh Move On..” – Setahun Bercerai, Duda Dilabel ‘Gila Talak’ Kacau Bekas Isteri Dating

Lebih-lebih apabila seseorang suami itu berpoligami, tanggungjawab yang dipikul mereka akan menjadi lebih berat kerana perlu bersikap adil dan saksama dari segi nafkah dan aspek yang lain terhadap isteri-isteri yang dikahwininya.

RM2,800 cukup untuk sara 3 isteri

Terbaru, pelakon, Redza Minhat meluahkan ketidakpuasaan hatinya menerusi Twitter terhadap satu kenyataan yang dibuat seorang individu yang berpoligami.

Pelakon yang membintangi filem KIL itu memuat naik satu kenyataan dibuat oleh seorang individu di Twitternya yang menyatakan bahawa pendapatan yang sedikit sudah cukup untuk meneruskan kelangsungan hidup asalkan mempunyai keberkatan walaupun dia perlu menyara tiga orang isteri.

Menerusi ciapannya itu, Redza berkata bahawa perkara itu sama sekali tidak mempunyai sebarang kaitan dengan agama dan ia merupakan alasan yang sering digunakan oleh segelintir lelaki Melayu.

Tidak ada kena-mengena dengan agama, ini hanyalah cakap kosong dan alasan yang digunakan oleh lelaki Melayu.

Biar betul RM2,800 cukup sara 3 isteri?

Perkongsian dibuat Redza menerusi Twitternya itu mendapat respon dari warganet. Rata-rata mereka tidak bersetuju dan ragu-ragu dengan kenyataan dibuat individu berkenaan.

Hmmm apa pandangan korang dengan kenyataan lelaki tu? Cukup ke sara tiga isteri dengan pendapatan RM2,800?

Kredit: Twitter Redza Minhat

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas