Connect with us

Oh! Media

Rebut Harta Pusaka, Adik Tak Puas Hati Tergamak Tetak Abang Guna Parang

harta pusaka

Trending

Rebut Harta Pusaka, Adik Tak Puas Hati Tergamak Tetak Abang Guna Parang

Dunia sekarang ni, manusia sanggup buat apa saja demi mendapatkan wang ringgit dan harta pusaka. Kejadian di Kampung Tualang Keliki, Machang, seorang adik sanggup menetak abangnya dengan sebilah parang hanya kerana berebut hasil tanaman jagung di atas tanah pusaka.

ADVERTISEMENT

BACA: Kecoh Di Singapura Kejadian Suami Tetak Isteri Di Tempat Awam

Menerusi laporan Kosmo, suspek merupakan penagih dadah berumur dalam lingkungan 20-an telah bergaduh sambil mengacu pisau kepada kakaknya kerana salah faham mengenai kutipan hasil tanaman jagung.

Tetak abang guna parang

harta pusaka

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Mohd. Zahir Abdullah, abang kepada dua beradik ini mahu meleraikan pergaduhan antara dua adiknya namun suspek telah mencederakan abangnya dengan menggunakan pisau.

Abang mangsa telah dibawa ke Hospital Machang untuk dirawat dan dibenarkan pulang ke rumah pada malam kejadian.

Namun, perkara ini tidak berakhir di situ apabila si adik tidak puas hati dengan abangnya dan membawa sebilah parang untuk menetaknya.

Suspek bagaimanapun masih tidak berpuas hati dengan abangnya telah datang ke rumah lelaki itu keesokan harinya dengan membawa sebilah golok sebelum menetak mangsa.

Tetakan itu menyebabkan abangnya cedera pada lengan, kepala dan lutut sebelum dia dibawa semula ke Hospital Machang untuk rawatan lanjut.

Suspek telah dicekup polis di kawasan kebun jagung belakang rumahnya dan ujian saringan air kencing adalah positif dadah jenis methamphetamine.

Seram bila kejadian macam ni berlaku di kalangan adik beradik. Demi harta, ada yang sanggup buat apa saja walaupun perbuatan yang meragut nyawa.

Semoga keluarga kita dijauhkan daripada melakukan perkara-perkara jahil seperti ini.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas