Connect with us

Oh! Media

Rayuan Kes Ditolak, Peguam Najib Ingin Undur Diri

Trending

Rayuan Kes Ditolak, Peguam Najib Ingin Undur Diri

Peguam bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi mengemukakan permohonan untuk menangguhkan rayuan di Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Bekas PM, Najib Razak Terkejut Dengan Keputusan Mahkamah

Menurut Harian Metro, peguam yang mewakili bekas Perdana Menteri, Hisyam Teh Poh Teik membuat permohonan bagi menangguhkan rayuan tersebut walaupun permohonan itu telah ditolak sebelum ini.

Namun, Hisyam Teh Poh Teik melaporkan dia mahu menarik diri jika permohonan itu tidak dibenarkan disebabkan tidak mempunyai masa yang cukup untuk membuat persiapan.

Untuk info, panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bagaimanapun menolak permohonan itu dan meminta beliau meneruskan prosiding rayuan itu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas