Connect with us

Oh! Media

Rambut Penuh Kutu, Ibu Sibuk Kerja Tak Ada Masa Urus Anak.. Nasib Ada Cikgu Tolong!

Oh! Tidak

Rambut Penuh Kutu, Ibu Sibuk Kerja Tak Ada Masa Urus Anak.. Nasib Ada Cikgu Tolong!

Viral di media sosial rakaman menunjukkan cikgu di Indonesia menggunting dan menyikat rambut seorang pelajarnya yang dipenuhi kutu.

ADVERTISEMENT

BACA: Baru 4 Hari Sekolah, Cikgu Mengadu Anak Asyik Menangis, Tak Ada Kesedaran Nak Belajar

Dalam perkongsian itu, cikgu menyatakan bahawa tugasnya bukan hanya mengajar bahkan menjaga kesihatan dan kebersihan para pelajarnya.

@zeraazzahra

Semangat anak cantik ,,, bu guru pantau terus sampai kamu bebas kutu🤗

♬ Ojo Di Bandingke – Denny Caknan

Menurut cikgu, dia perasan pelajar itu kerap menggaru kepala saatnya mengajar. Kemudian seorang pelajar lain memberitahu ada kutu yang berjalan di tudung pelajar itu.

Kesihatan dan kebersihan kepala anak sekolah itu penting sekali agar mereka bisa bersemangat sekolah dan bisa mengikuti pelajaran dengan baik pula.

Cikgu dengan segera memeriksa pelajar dan mendapati banyak sangat kutu beserta telur-telurnya.

Kata pelajar ini, ibunya tahu mengenai kutu di kepalanya tetapi ibu terlalu sibuk bekerja dan tiada masa menguruskan anak-anak. Alahai kesiannya..

Saya tanyain terus, nak apa ibumu tahu kalau kamu sampai kayak gini?

“Tahu bu tapi ibu repot kerja terus,” jawab pelajar itu.

Kalau korang tengok, memang banyak sangat kutu yang jatuh masa cikgu sikatkan rambut. Fuh memang automatik gatal rasa kepala ni.

Kredit: TikTok @zeraazzahra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas