Connect with us

Oh! Media

Ramaja Perempuan Dakwa Dicampak Dan Kepala Dipijak Bapa Tiri, Netizen Berjaya Jumpa Akaun FB Suspek

bapa tiri

Oh! Tidak

Ramaja Perempuan Dakwa Dicampak Dan Kepala Dipijak Bapa Tiri, Netizen Berjaya Jumpa Akaun FB Suspek

Pendedahan seorang remaja perempuan yang mendakwa dirinya telah dibelasah bapa tiri membuatkan ramai orang berasa geram kerana tindakan itu amat kejam.

ADVERTISEMENT

Mangsa yang baru sahaja berusia 19 tahun itu mendedahkan dirinya telah dipukul dengan terus hingga menyebabkan mata dan mukanya cedera.

Hampir kena tetak dengan parang

Kejadian itu berlaku ada 17 Ogos lepas di Parit Buntar ketika mangsa datang ke rumah ibu kandungnya. Kemudia berlaku sedikit pertengkaran dan ketika itulah bapa tirinya keluar dari bilik air dan terus menampar pipi, menendang dan menghempas mangsa ke lantai.

Dia bapa tiri cekik dan tampar muka saya. Dia kemudian mencampak saya ke atas lantai dan terus memukul dan memijak kepala saya seperti bola.

Dia tendang sampai terkeluar dari pintu rumah, termasuk ke bawah kereta. Dia dah angkat parang nak tetak tapi jiran datang dan dia lari masuk rumah, tutup pintu. – Jelas mangsa.

Sudah buat laporan polis

Kejadian ini turut telah dilaporkan kepada polis pada 18 Ogos dan Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Mazuki Mat mengesahkan penahanan suspek yang disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan akibat mendatangkan kecederaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumahtangga.

Netizen berjaya kesan Facebook milik suspek

Seperti biasa, netizen Malaysia sentiasa laju mencari apa sahaja maklumat yang sedang viral. Terkini seorang pengguna Twitter mendedahkan dia berjaya mengesan akaun Facebook milik suspek.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas