Connect with us

Oh! Media

Datuk Seri Panjat Pagar SPRM, Rupanya Dibantu Bodyguard!

Trending

Datuk Seri Panjat Pagar SPRM, Rupanya Dibantu Bodyguard!

Rasanya semua sedia maklum dan berasa hairan bila seorang Datuk Seri yang dalam tahanan pihak SPRM dikatakan telah melarikan diri dengan memanjat pagar SPRM yang tinggi.

ADVERTISEMENT

Datuk Seri ini sebelum ini ditahan SPRM selepas dikaitkan dengan sindiket Macau Scam yang turut melibatkan golongan artis.

Terbaru, pihak SPRM mendakwa Datuk Seri berkenaan telah dibantu oleh 2 orang pengawal peribadi untuk meloloskan diri.

Terdapat kekecohan berlaku di lobi utama bangunan SPRM bila kesemua OKT (orang kena tahan) enggan turun dari kenderaan kerana kehadiran anggota polis yang ramai di lobi Ibu Pejabat SPRM. Selepas selesai proses dokumentasi jaminan, kesemua OKT dibebaskan dan menaiki kenderaan masing-masing keluar dari Ibu pejabat SPRM.

Terdapat empat kenderaan model Velfire memasuki Ibu Pejabat SPRM bagi menjemput saspek yang melarikan diri itu. Setiap kenderaan yang melalui pintu pagar utama ditahan polis dan saspek-saspek ditangkap semula polis.

Walau bagaimana pun salah seorang seorang saspek yang telah dibebaskan dengan jaminan, diserahkan SPRM kepada peguam beliau. Saspek sememangnya telah masuk ke dalam kenderaan dan dilihat menuju ke pintu pagar utama.

Walau bagaimanapun dalam pergerakan antara pintu lobi dan pagar utama, beliau dipercayai bertindak keluar dari kenderaan dan melarikan diri di pagar sisi (berdekatan pintu belakang bangunan SPRM) dengan dibantu dua lagi pengawal peribadi yang bersedia untuk membantu beliau memanjat pagar dan meloloskan diri dari tangkapan polis. – Kata sumber Harian Metro.

Pihak berkuasa juga telah mendapatkan rakaman CCTV yang menunjukkan suspek telah dibantu dua orang pengawal peribadi untuk memanjat pagar. Sebuah kenderaan jenis Myvi juga dilihat menanti di tepi jalan sebelum membawa Datuk Seri berkenaan melarikan diri.

Susah kita nak bayangkan macam mana suasana pada waktu itu. Apa-apapun kita letakkan sepenuh kepercayaan kepada pihak SPRM dan polis untuk pastikan suspek berjaya ditangkap semula.

OH!MEDIA: ORANG TAK BERSALAH TAK AKAN LARIKAN DIRI!

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas