Connect with us

Oh! Media

Rakaman Video Bongkar Perbuatan Keji Lelaki Disyaki Rogol Biawak

Trending

Rakaman Video Bongkar Perbuatan Keji Lelaki Disyaki Rogol Biawak

Empat pemburu ditahan pihak berkuasa selepas disyaki merogol seekor biawak jenis Bengal monitor di Sahydari Tiger Reserve, berhampiran Kampung Gothane di Maharashthra India.

ADVERTISEMENT

BACA: Remaja Kahwin Usia Muda, Dirogol 400 Lelaki Selama 6 Bulan

Perbuatan keji itu terbongkar selepas pegawai hutan memeriksa telefon bimbit tertuduh. Di dalam telefon bimbit itu, pegawai hutan menjumpai rakaman video menunjukkan keempat-empat tertuduh iaitu Sandeep Tukram, Pawar Mangesh, Janardhan Kamtekar dan Akshay Sunil dipercayai merogol biawak itu secara bergilir-gilir.

Memetik laporan India Today, pegawai hutan bertugas mengesan tertuduh berkeliaran di kawasan hutan itu menerusi video litar tertutup (CCTV). Pihak berkuasa memaklumkan mereka masuk ke kawasan itu untuk memburu.

Pihak hutan dilaporkan akan membawa kes ke Mahkamah Keseksaan India untuk tindakan selanjutnya. Untuk pengetahuan ramai, biawak jenis Bengal monitor adalah spesies simpanan di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama tujuh tahun.

Kredit: indiatoday

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas