Connect with us

Oh! Media

Raf Yaakob

Oh! Tidak

Raf Yaakob Akhirnya Dah Ada Pengganti Mawar Rashid, Kelihatan Ayu Bertudung?

Bekas suami kepada pelakon, Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob memuat naik satu hantaran yang menunjukkan foto seorang wanita yang dikatakan cinta hatinya. Wah! Ada orang baru dah ke?

BACARaf Yakoob Tak Tolak Sekiranya Kembali Ada Jodoh Bersama Bekas Isteri, Mawar Rashid

IKLAN

Kalau korang tengok hantaran di Instagram itu, Raf menulis kapsyen dimana wanita bertudung yang tidak didedahkan muka itu merupakan pengganti baru dan cinta hatinya.

Raf Yaakob

Bukan tu jer, adik kepada Fazley Yaakob itu juga berkongsi jalan cerita bagaimana mereka berjumpa.

Pertama kali jumpa dia di event. Saya hanya lihat dia dari jauh, kurang 10 minit dan dia dah pergi. Faham je, dah kata pun kerja kan?

Dan beberapa minggu lalu kami terjumpa sekali lagi. Kali ni di mall, semasa di escalator. Saya sedang turun dan dia sedang naik.

Saya senyum kepada dia. Senyum biasa-biasa je. Hanya sekadar menyapa. Tapi saya rasa dia senyum balik dekat saya. Melting kejap. Kelakar tapi pelik.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyangka apa yang dikongsikan Raf itu hanyalah gimik semata untuk mempromosikan satu produk yang bakal dilancarkannya.

Walau bagaimanapun, ada juga yang mengucapkan tahniah jika benar Raf sudah bertemu dengan pasangan baru.

Selalu sharing yang penuh keyakinan ni plot twistnya pun ada.   Baru beberapa waktu pun dah ada lagi pengisi hati   Mesti marketing, bagi saya teka, iklan coffee?

Sebab sebelum ni pun Raf ada je buat ayat-ayat manis seolah jumpa kekasih lamanya tapi rupa-rupanya kereta lama dia. Apapun, semoga yang baik-baik sajalah.

Kredit: Instagram Raf Yaakob

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas