Connect with us

Oh! Media

Pura-Pura ‘Scan’ MySejahtera, Rupanya Nak Menyamun

Samun

Trending

Pura-Pura ‘Scan’ MySejahtera, Rupanya Nak Menyamun

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia dalam mengawasi penularan wabak serta membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan.

BACA: (VIDEO) Disamun ‘Rider’, Tindakan Lelaki Ini Terima Pujian Netizen

Selain itu, ia juga mampu membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatkan maklumat tentang seseorang individu untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

IKLAN

Setiap premis atau tempat yang berurus niaga, mereka dikehendaki menyediakan kod QR bagi memudahkan pelanggan mengimbas sebelum memasuki kedai.

Ia merupakan undang-undang baharu yang wajib dilakukan bagi mengelakkan penularan wabak berlaku.

Perompak pura-pura imbas MySejahtera

Namun, terdapat sebuah kejadian yang mana sebuah kedai emas telah disamun oleh empat individu selepas disangka sebagai pelanggan.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, hasil siasatan mendapati ketika kejadian salah seorang daripada suspek berpura-pura mengimbas aplikasi MySejahtera.

Screenshot 712

Pada masa yang sama, tiga lagi individu didapati menyerbu masuk ke dalam premis dan melarikan sejumlah rantai tangan dan leher dalam tempoh kurang seminit.

Kejadian dikatakan berlaku di Jalan Metro Perdana, Kepong, dan semua pekerja dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Semasa kejadian terdapat tujuh pekerja wanita di dalam premis terbabit dan salah seorangnya pengsan akibat ditolak suspek.

Polis buru empat individu

Menurut laporan Kosmo, polis sedang memburu empat lelaki dipercayai warga tempatan yang terbabit dalam kes samun bersenjata itu.

Menurut Beh Eng Lai, kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang dan suspek memakai topeng muka, bertopi keledar serta menggunakan senjata sebilah tukul dan kapak.

Barangan kemas yang dilarikan berupa rantai leher dan rantai tangan yang bernilai mencecah ratusan ribu ringgit.

Dalam pada itu, pihak polis telah mengenal pasti dua motosikal yang digunakan dalam kejadian itu dan siasatan lanjut sedang giat dijalankan.

Selain itu, pihak polis juga turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu untuk tampil bagi membantu siasatan.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas