Connect with us

Oh! Media

“Polis Tidak Berhubung Dengan Saya” – Bapa Adib Kecewa

Trending

“Polis Tidak Berhubung Dengan Saya” – Bapa Adib Kecewa

Ohmedia yakin yang masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia tentang pemergian menyedihkan anggota Bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang sehingga kini masih belum mendapat keadilan.

ADVERTISEMENT

Walaupun kerajaan sudah bertukar ganti, ia masih belum dapat diselesaikan.

Keluarga Allahyarham sehingga saat ini masih berharap agar siasatan mencari pembunuh anak mereka dapat dilakukan segera kerana sudah terlalu lama menanti.

Sebelum ini, Mahkamah Koroner sudah putuskan kematian Adib akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu tidak dikenali, mahkamah itu juga turut merumuskan kegagalan polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dalam mengawal rusuhan juga menyumbang kematian anak saya.

Peguam keluarga saya sendiri sudah minta polis segerakan siasatan selanjutnya, sampai sekarang tak nampak apa-apa tangkapan lagi.Polis tidak berhubung dengan saya untuk memberitahu sebarang perkembangan terkini. – Kata bapa Allahyarham Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid.

Mesti sangat kecewa perasaan seorang bapa dan keluarga bila masih tak dapat menuntut keadilan apatah lagi bila mengetahui pembunuh masih bebas hidup di luar.

Semoga kita dapat hasilnya dalam masa terdekat.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas