Connect with us

Oh! Media

Berhenti ‘Mengejut’ Beli Jeruk Mangga, Pemandu Waja Dikecam Jadi Punca Kemalangan

Jeruk

Trending

Berhenti ‘Mengejut’ Beli Jeruk Mangga, Pemandu Waja Dikecam Jadi Punca Kemalangan

Setiap kali memandu di jalan raya, sudah semestinya masyarakat akan melihat penjaja tepi jalan yang selalunya berniaga jeruk mangga di persimpangan lampu isyarat.

BACA: Seorang Wanita Dirempuh Kereta Semasa Bantu Mangsa Kemalangan

Namun, aktiviti tersebut dilihat mampu mendatangkan bahaya kepada penjual serta pemandu jalan raya yang lain sehingga terdapat beberapa kemalangan terjadi disebabkan perkara itu.

IKLAN

Sebelum ini juga, undang-undang telah dikeluarkan mengenai penjualan di kawasan jalan raya dan jika didapati bersalah, boleh didenda tidak melebihi RM2000.

Bagaimanapun, arahan tersebut seakan-akan tidak dipedulikan segelintir penjaja jalanan dan dilihat aktiviti tersebut semakin bertambah dari hari ke hari.

Pemandu Waja jadi punca kemalangan dua kenderaan gara-gara jeruk mangga

Baru-baru ini, kejadian yang sama turut berlaku apabila sebuah kenderaan jenis Proton Waja telah menjadi punca kepada dua kenderaan yang mengalami kemalangan.

Hal itu selepas kenderaan tersebut telah berhenti secara tiba-tiba di sebuah jalan raya semata-mata ingin membeli jeruk mangga sehingga berlakunya pelanggaran dua kenderaan di belakang.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, pemandu tersebut seolah-olah tidak mempedulikan keadaan pengguna jalan raya di belakang sebelum bertindak memberhentikan kenderaan sambil memasang lampu kecemasan.

Selain itu, kenderaan di belakang Proton Waja tersebut terpaksa berhenti secara mengejut bagi mengelakkan pelanggaran sebelum terdapat kenderaan lain yang melanggarnya di bahagian belakangnya.

Lebih membuatkan orang ramai tidak berpuas hati adalah tindakan pemandu Waja tersebut yang berlalu pergi seperti tiada apa-apa yang berlaku walaupun menjadi punca kepada kemalangan itu.

241475243 4620810617980286 3200934563601227173 n
Sumber Facebook

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen juga dilihat mengecam tindakan pemandu tersebut selain turut tidak berpuas hati melihatnya berlalu pergi tanpa rasa bersalah.

Screenshot 1754
Screenshot 1755
Screenshot 1756
Screenshot 1757
Screenshot 1758

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih dari 700 jumlah tontonan serta mendapat 223 tanda suka.

Kredit: Facebook Da Vid

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas