Connect with us

Oh! Media

Polis Siasat Video Remaja Keluar Kepala Daripada Sunroof, Perakam Dikesan

polis siasat remaja keluar kepala sunroof

Oh! Tidak

Polis Siasat Video Remaja Keluar Kepala Daripada Sunroof, Perakam Dikesan

Di media sosial, viral rakaman video menunjukkan tiga orang remaja mengeluarkan kepala daripada ‘sunroof’ sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV). Kejadian itu dipercayai berlaku di Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh Perak.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) “Dah La Tengah Hujan” – Tular Aksi Budak Lelaki Bermain Belakang Kereta Bergerak

Susulan itu, pemandu PMV dan tiga remaja perempuan berusia 13 hingga 16 tahun sudah dikesan untuk membantu siasatan.

Remaja keluar kepala di sunroof, polis buka kertas siasatan

keluar kepala sunroof

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan disebabkan perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain.

Selain itu, satu siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu kerana mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kecederaan fizikal.

Semasa kejadian ibu remaja berkenaan berada dalam MPV terbabit yang dipandu oleh saudara mereka.

Jelasnya lagi, perakam yang mengambil video itu turut dikesan untuk membantu pihak polis. Perakam boleh menghubungi pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintendan (ASP) Yap Siew Cheng di talian 012-9093362.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas