Connect with us

Oh! Media

Polis Siasat 34 Ketulan Dan Serpihan Tulang Disyaki Rangka Manusia Di Pantai Batu Burok 2

Ohmedia tulang Manusia

Oh! Tidak

Polis Siasat 34 Ketulan Dan Serpihan Tulang Disyaki Rangka Manusia Di Pantai Batu Burok 2

Penduduk sekitar Pantai Batu Burok 2, Terengganu gempar dengan penemuan 34 ketulan dan serpihan tulang yang dipercayai tulang manusia di kawasan semak berhampiran pantai, malam tadi.

Lapor Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, memaklumkan bahawa pihak polis menerima maklumat berhubung penemuan rangka tersebut sekitar jam 10.10 malam.

Serpihan tulang ditemui di kawasan semak berhampiran longkang kering

Tulang Manusia

Semasa tiba di lokasi, keadaan agak gelap kerana tiada sumber pencahayaan. Menurut beliau, tulang-tulang tersebut ditemui di dalam kawasan semak berhampiran longkang kering, kira-kira 40 meter dari gigi air ketika air pasang.

IKLAN

Lokasi itu terletak di belakang kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) yang telah lama ditinggalkan dan tidak berpenghuni.

Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) bersama Pasukan Forensik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Terengganu telah menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Siasatan lanjut sedang dijalankan

475768130 1010302244463577 8920125175659589658 n

Semua serpihan tulang yang dikumpulkan telah dihantar ke Unit Patologi dan Jabatan Kimia untuk pemeriksaan lanjut.

Pihak berkuasa kini berusaha mengenal pasti sama ada kawasan tersebut merupakan tapak perkuburan lama atau persendirian.

Usaha mengesan identiti mangsa bergantung kepada hasil pemeriksaan perubatan dan kimia seperti jantina, tempoh kematian dan maklumat lain-lain yang akan diperoleh kemudian.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan forensik.

Ohmedia tulang Manusia

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas