Connect with us

Oh! Media

Polis P. Pinang Siasat Dua Anggota Trafik Iring Kenderaan Dipandu Anak Ahli Parlimen

polis trafik

Trending

Polis P. Pinang Siasat Dua Anggota Trafik Iring Kenderaan Dipandu Anak Ahli Parlimen

Macam mana nak mohon pengiring polis trafik erk? Itulah persoalan yang banyak kita dapat lihat sekarang selepas tersebar video polis trafik mengiring sebuah kenderaan milik orang awam.

ADVERTISEMENT

Apa yang membuatkan ramai orang berbulu adalah apabila orang awam itu didakwa merupakan anak kepada seorang Ahli Parlimen. Video itu dikongsikan oleh Kelab Maya Pejuang di Facebook yang diambil dari perkongsian Instagram Story pemandu berkenaan.

Polis siasatan rakaman video yang tersebar…

Dalam pada itu, pihak Polis Pulau Pinang sedia maklum dengan video yang tersebar yang menunjukkan kejadian berlaku di Jalan Bukit Gambir.

Ketua Polis, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain turut mengesahkan kertas siasatan tatertib ke atas dua anggota polis negeri itu dibuka.

Pada Sabtu (semalam) kira-kira pukul 8.36 malam terkesan satu rakaman video yang tular berdurasi 20 saat, dimuat naik oleh pemilik akaun anwarazeez dan rakaman tersebut memaparkan seorang lelaki (orang awam) memandu sebuah kenderaan dan diiringi dua anggota polis trafik menggunakan motosikal milik PDRM.

Pihak Kontinjen Pulau Pinang mengesahkan berkenaan kejadian yang berlaku di Jalan Bukit Gambir itu dan pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai polis yang melakukan salah laku berkenaan. – Katanya.

Perbuatan individu ini sememangnya menaikkan kemarahan orang ramai kerana sesuka hati menggunakan khidmat polis trafik semata untuk meredah kesesakan jalan raya di Pulau Pinang.

Kredit: Malaysiagazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas