Connect with us

Oh! Media

4 Anggota TUDM Maut Di Kem Kota Samarahan

tudm

Trending

4 Anggota TUDM Maut Di Kem Kota Samarahan

Pagi tadi dilaporkan berlaku satu kejadian tembak di Kem Tentera Udara Diraja Malaysia, Kota Samarahan Sarawak. Berdasarkan kenyataan media TUDM, empat anggota mereka telah terkorban dalam kejadian tembak berkenaan.

ADVERTISEMENT

BACA: Lelaki Tembak Kereta Bekas Isteri Gara-Gara Cemburu Direman

Kejadian berlaku pada jam 7.50 pagi di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM. Difahamkan kejadian itu berlaku ketika masa serah tugas. Salah seorang anggota dipercayai menembak tiga rakannya sebelum menembak diri sendiri. – Kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Isimail.

Datuk Aidi juga memaklumkan 2 anggota yang ditembak maut ditempat kejadian dan seorang lagi cedera parah. Mangsa yang cuba untuk memandu kenderaan sendiri bagi mendapatkan rawatan di klinik tentera dalam kem berkenaan turut tidak dapat diselamatkan.

Mangsa yang cedera di bahagian perut dan kritikal meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Jantung Kota Samarahan. – Katanya.

Pihak TUDM bagaimanapun menggesa agar semua pihak tidak menyebarkan sebarang spekulasi. Biarlah proses siasatan kejadian tembakan melibatkan anggota ini selesai sepenuhnya.

TUDM turut akan menubuhkan satu Lembaga Penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. Kejadian seperti ini sungguh mengejutkan seluruh rakyat Malaysia dan takziah kami ucapkan kepada keluarga mangsa anggota yang terlibat dan kehilangan orang tersayang. Al-Fatihah.

tudm

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas