Connect with us

Oh! Media

Polis Akan Siasat TikToker Keluar Kenyataan Mengelirukan Tentang Larangan Laung Azan Guna Mic Berlaku Di India

tiktoker

Oh! Tidak

Polis Akan Siasat TikToker Keluar Kenyataan Mengelirukan Tentang Larangan Laung Azan Guna Mic Berlaku Di India

Semalam tersebar di media sosial, terutamanya di aplikasi WhatsApp tentang satu video yang menyatakan berlaku larangan laungan azan menggunakan pembesar suara. Ohmedia nak perjelaskan di sini yang isu itu bukan berlaku di Malaysia sama sekali kerana ia berlaku di Pune, India.

ADVERTISEMENT

Apapun, siasatan tetap akan dilakukan pihak polis dan telahpun memanggil individu yang terlibat mengeluarkan kenyataan mengelirukan itu di aplikasi TikTok.

Boleh gugat ketenteraman kaum di negara…

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, arahan larangan itu telah dikeluarkan oleh Presiden Maharashtra Navnirman Sena iaitu Raj Thackeray pada 17 April lalu di India. Laporan itu telah dikeluarkan sebuah portal The New Indian Express.

Selain itu, PDRM juga sedang menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun TikTok dikenali sebagai ‘Syierabahari_’ yang dilihat mengulas isu berkenaan secara provokasi dan berkemungkinan boleh menggugat ketenteraman serta keharmonian kaum di negara ini.

Isu seperti ini akan disiasat mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum. Pelaku juga akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

TikToker tampil perjelaskan perkara sebenar

Melihat pada perkongsian terbaru TikToker terlibat, dia mengandaikan penonton yang melihat perkongsiannya itu sudah mengetahui kejadian itu berlaku di India. Dia juga memaklumkan tidak ada mengatakan mana-mana negara dalam video yang dia kongsikan dan menegaskan isu itu berlaku di India bukannya di Malaysia.

Dia turut menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan fitnah terhadap dirinya kerana telahpun hadir ke balai polis untuk cover report.

@syierabahari__ Balas kepada @rez.zul #shouldbeme boleh viralkn balik ke ?😉#tiktokguru #learnontiktok #tahukahanda #foryou #fyp #pubgmjinx #viralvideos #jombelajar #islam #samasamabantu #islamindia ♬ Ya Allah – Wali

Kredit: Harian Metro | TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas