Connect with us

Oh! Media

“Pistol Dia Bukan Kaleng-Kaleng” – Guna Mainan Buat ‘Halau’ Jin, Cara Ustaz Rawat Pesakit Cuit Hati Netizen

Trending

“Pistol Dia Bukan Kaleng-Kaleng” – Guna Mainan Buat ‘Halau’ Jin, Cara Ustaz Rawat Pesakit Cuit Hati Netizen

Perubatan Islam merupakan satu kaedah yang digunakan untuk membantu merawat dan melawan segala jenis sakit yang berkaitan dengan gangguan makhluk halus dengan menggunakan ayat-ayat suci al-Quran.

ADVERTISEMENT

BACA: Raja Bomoh Akui Tak Tahu Perbuatannya Salah Dan Janji Tidak Ulangi Ritual Pelik Lagi Tapi…

Namun begitu, lain pula jadinya apabila seorang individu yang dikenali sebagai Ustaz Raffi mendapat kritikan warganet selepas cara perubatan yang digunakannya agak pelik mula tular di aplikasi TikTok.

@perubatanislamustazraffi SYUKUR kepada الله YANG TELAH MEMUDAHKAN URUSAN ku dengan hanya menggunakan PISTOL MAINAN dapat merawat pesakit الحمد لله jika tak faham atau tak suka kaedah rawatan saya,JANGAN MENGHINA kerana ditakuti akan MENDATANGKAN KEMURKAAN الله se-eloknya berjumpa dengan saya untuk penjelasan lanjut…#fyp ♬ original sound – USTAZ RAFFI

Menerusi beberapa video yang tular, dapat dilihat Ustaz Raffi menggunakan kaedah yang lain daripada yang lain dengan menggunakan mainan kanak-kanak untuk merawat sakit yang berkaitan dengan jin dan sebagainya.

@perubatanislamustazraffi ILMU الله sangat luas,jika kita tak tahu atau tak faham JANGAN KETAWA atau MENGHINA,berlajarlah supaya BERILMU,nanti akan tahu DENGAN IZIN الله dan KEHENDAKNYA apa pun alat yang digunakan إن شاء الله‎ akan dapat MENEWASKAN SAKA#fyp ♬ original sound – USTAZ RAFFI

Meskipun kaedahnya itu menjadi bahan tawa rata-rata netizen, Ustaz Raffi tetap menggunakan ayat-ayat suci al-Quran sepanjang proses merawat para pesakitnya.

“Tu tandanya ada yang pernah sembuh”

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan kaedah yang digunakan Ustaz Raffi untuk merawat pesakit yang datang berjumpa dengannya.

Nampak macam lawak kan? Tapi mungkin cara Ustaz Raffi ni berkesan sebab ramai yang datang berubat dengan dia.

Kredit: TikTok USTAZ RAFFI

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas