Connect with us

Oh! Media

Pintu Sempadan Darat Thailand-Malaysia Dibuka 1 Mei?

thailand

Oh! Tidak

Pintu Sempadan Darat Thailand-Malaysia Dibuka 1 Mei?

Memandangkan Malaysia akan beralih ke fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ pada bulan April ini, Thailand telah bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membuka semula pintu sempadan darat dengan Malaysia menjelang 1 Mei.

ADVERTISEMENT

BACA: Sempadan Negara Buka 1 April, Ini 13 Negara Boleh Melancong Tanpa Perlu Kuarantin Ketika Pulang

Menerusi laporan Awani, Menteri Pelancongan dan Sukan Phiphat Ratchakitprakarn menyatakan cadangan berkaitan dengan pembukaan pintu masuk antara kedua-dua negara ini akan disampaikan oleh kementerian kepada Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA).

Menggalakkan pelancongan di wilayah Selatan

thailand

Kami merancang membuka secara beransur-ansur pusat pemeriksaan lain di Narathiwat, Yala dan Satun yang menghubungkan Malaysia untuk menggalakkan pelancongan di wilayah Selatan. Kami jangkakan semua pusat pemeriksaan Thailand-Malaysia dibuka semula pada 1 Mei.

Kementerian Pelancongan dan Sukan akan berkoordinasi dengan Kementerian Luar untuk berbincang dengan pihak berkuasa Malaysia mengenai langkah-langkah yang akan dilaksanakan di pusat pemeriksaan sempadan bagi membendung penularan COVID-19.

Sempadan negara antara kedua-dua negara ini perlu dibuka kerana sebelum pandemik, rakyat Malaysia merupakan kumpulan terbesar yang melancong ke Thailand.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan Malaysia dan Thailand telah bersetuju untuk untuk melaksanakan perjalanan bebas kuarantin udara, darat dan laut menerusi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) dan skim Test & Go. Prosedur pembukaan juga masih dalam perbincangan.

Semoga dengan kemudahan yang diberikan nanti dapat memulihkan sektor ekonomi kedua-dua negara ini.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas