Connect with us

Oh! Media

“Pernah Tak Menyesal Ada Anak?”- Seorang Ibu Luah Perasaan Rindu Berjalan Dan Penat Bila Ada Anak Tapi…

Ohmedia ibu anak

Oh! Tidak

“Pernah Tak Menyesal Ada Anak?”- Seorang Ibu Luah Perasaan Rindu Berjalan Dan Penat Bila Ada Anak Tapi…

Mempunyai cahaya mata sendiri sememangnya satu idaman buat pasangan yang mendirikan rumah tangga bersama-sama, tetapi untuk menjaga anak bukanlah satu perkara yang mudah seperti yang dibayangkan.

Malah, ada juga ibu dan ayah yang berasa ‘penat’ ataupun burn out apabila sudah mempunyai anak kerana sudah tiada masa untuk bersendiri. Melainkan jika penjagaan anak dibahagi dua secara seimbang.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, ada seorang wanita meluahkan rasa ‘penat’ menjaga anak hinggakan menganggu fizikal serta mentalnya.

IKLAN

Menurut wanita itu, kadang-kala perasaan menyesal mempunyai anak itu timbul kerana semasa berkahwin dirinya tidak pernah terfikir untuk mempunyai anak seawal perkahwinan tetapi disebabkan suami ingin mempunyai zuriat maka dia hanya mengikutnya saja.

Tambahannya lagi, dia juga berasa rindu untuk keluar berjalan-jalan tanpa memikirkan baby yang ada.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen turut berkongsikan cerita mereka soal anak dan menasihati wanita itu untuk bertabah serta bersabar.

ibu

Bagaimanapun, kini wanita terbabit telahpun pulih dari perasaan ‘penat’ yang dialami olehnya dan sedar segala yang berlaku hanya kerana mentalnya yang tidak kuat untuk lalui fasa-fasa ibu ketika itu.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas