Tular di TikTok pendedahan pengasas produk kosmetik mendakwa dirinya dan keluarga telah disihir ibu mentua sendiri.
Jelasnya, dia dan suami terpaksa menularkan perbuatan sihir ini kerana telah 7 tahun menderita. Mereka juga sudah merujuk lebih 100 orang perawat dan semua perawat memaklumkan ianya datang daripada ibu mentuanya.
Difahamkan, pasangan ini telah membuat sesi live ketika sedang menerima rawatan dan segala-galanya telah terbongkar.
7 tahun anak mu beranak tu aku buat dia, bodoh punya.. Izzat.. Tolong mak Izzat. Abang kau je dengar cakap aku, bodoh kau ni setan, kau tak dengar cakap aku. Kau nak kahwin dengan betina miskin ni. Bodoh aku dah cakap jangan kahwin dengan Ina dulu.
Di ruangan komen, founder kosmetik ini menjelaskan Izzat yang disebut ketika sedang berubat adalah abang iparnya.
Dalam hantaran lain, wanita ini mendakwa ibu mentua tidak merestui hubungan perkahwinan dengan alasan dirinya miskin.
Ketika itu, hanya suami yang bekerja dan dia seorang suri rumah. Mereka juga dikatakan terkena sihir pemisah dan ibu mentua tidak mengizinkan mereka tinggal bersama.
Dakwa pasangan ini lagi, mereka sudah berusaha memujuk ibu mentua untuk berubat bersama perawat jika benar dakwaan itu salah. Tetapi, ibu mentua enggan dan menjauhkan diri daripada mereka.
Menurut pengasas kosmetik ini, dakwaan diviralkan dengan izin suaminya sendiri kerana sudah tidak tahan hidup diganggu sejak 7 tahun lalu.
Mereka cuma mahu ibu mentua menghentikan perbuatan syirik tersebut dan berjumpa perawat jika ianya hanyalah fitnah.
Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook…
Rujukan kami: TikTok