Connect with us

Oh! Media

Perlu Tanggung Isteri, Peguam Rayu Ikat Jamin Lelaki Bakar Motosikal Dikurangkan

20230419 163325 0000

Oh! Tidak

Perlu Tanggung Isteri, Peguam Rayu Ikat Jamin Lelaki Bakar Motosikal Dikurangkan

Sebelum ini, negara kita telah dikejutkan dengan kejadian 13 buah motosikal dan empat skuter elektrik terbakar di tempat parkir Suria KLCC.

BACA: Perbuatan Khianat, Polis Berjaya Tahan Suspek Bakar 13 Motosikal Di KLCC

Terbaru, suspek merupakan seorang lelaki bernama Azril Kamarunzaman telah ditahan dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan pada hari ini.

IKLAN

Bakar motosikal

41681377183 freesize 1

Azril yang bekerja sebagai penghantar makanan telah didakwa melakukan perbuatan khianat dengan membakar kenderaan di parkir motosikal pada jam 3.30 petang, 13 April yang lalu.

Pertuduhan telah dibuat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan memperuntukkan hukuman penjara ke atasnya selama 14 tahun serta dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Amalina Abu Hanifah mencadangkan Azril diikat jamin sebanyak RM12,000. Namun, peguam Muhamad Ridzuan Umar meminta jumlah tersebut dikurangkan atas alasan perlu menanggung isteri dan ibu bapanya.

Hakim Datuk Nu’aman Mahmud Zuhudi membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dan sebutan semula kes adalah pada 22 Mei hadapan.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas