Connect with us

Oh! Media

Perbuatan Khianat, Polis Berjaya Tahan Suspek Bakar 13 Motosikal Di KLCC

Oh! Tidak

Perbuatan Khianat, Polis Berjaya Tahan Suspek Bakar 13 Motosikal Di KLCC

Semalam, negara kita dikejutkan dengan berita mengenai 13 buah motosikal dan empat skuter elektrik terbakar di kawasan parkir Suria KLCC, Kuala Lumpur.

ADVERTISEMENT

BACA: Polis Berjaya Berkas Gadis Curi Kad ATM Makcik Saudara Dan Beli iPhone 14 Pro Max, Barang Kemas Dan Banyak Lagi

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya memaklumkan seorang suspek berjaya ditahan selepas dikesan melalui pemerhatian CCTV.

Bakar motosikal

motosikal

Suspek merupakan seorang lelaki berusia 34 tahun telah ditahan beberapa jam selepas insiden tersebut berlaku. Noor Dellhan memberitahu suspek kini direman selama enam hari bagi membantu siasatan.

Polis juga merampas sebuah motosikal jenis RS, serangkai kunci motosikal, satu helai baju dan satu helai seluar, satu sarung tangan, satu beg, satu jam tangan dan satu pemetik api. Pada masa ini pihak polis menerima 10 laporan daripada mangsa berhubung kejadian khianat ini serta masih lagi mengesan motif sebenar suspek.

Beliau juga turut menasihati orang ramai untuk tidak terlibat dalam barang aktiviti yang menyalahi undang-undang kerana tindakan boleh dikenakan mengikut undang-undang sedia ada.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas