Connect with us

Oh! Media

Perempuan 13 Tahun Dirogol Abang Sendiri, Netizen Kecam Ibu ‘Pertahan’ Anak Lelaki!

perempuan 13 tahun

Trending

Perempuan 13 Tahun Dirogol Abang Sendiri, Netizen Kecam Ibu ‘Pertahan’ Anak Lelaki!

Kisah seorang perempuan remaja berumur 13 tahun yang dirogol oleh abangnya sendiri yang berusia 16 tahun telah membuatkan netizen marah akan tindakan yang dilakukan oleh ibu mangsa tersebut.

ADVERTISEMENT

BACA: Ibu Saksi Anak Dirogol Bekas Suami, Tak Mampu Halang Kerana Takut Dipukul

Kes ini telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, chairman_GLC dimana seorang doktor di Kelantan telah berkongsi cerita mengenai kisah perempuan remaja yang memiliki usia kandungan selama 28 minggu.

Ibu bapa mangsa tak nak orang kampung tahu

Menurut cerita yang dikongsikan itu, mangsa sekarang ini tinggal bersama ibu bapa angkat yang jauh dari rumahnya kerana ibunya tak nak orang kampung tahu akan situasi yang dialami oleh mangsa.

Semasa doktor tersebut bertanya akan perasaannya pada waktu itu, remaja perempuan itu hanya menangis sekuat hati dan menyatakan rasa marah terhadap abangnya. Dia juga rindu untuk pergi ke sekolah.

Allahuakbar, sayu betul hati ini membaca kisah adik perempuan ni.

Ibu takut anak lelaki masuk lokap

Menerusi update yang disampaikan oleh chairman_GLC, ibu kepada mangsa telah menarik balik laporan yang dibuat kepada polis kerana ‘takut’ anak lelakinya akan dimasukkan ke dalam penjara.

Ibu kepada mangsa juga tak mahu anak perempuannya pulang ke rumah sehingga dia selamat melahirkan bayi.

Selain mangsa, ada dua orang lagi adik-beradik perempuan yang tinggal serumah. Abang yang merogol itu juga telah dimasukkan ke ‘sekolah pondok.’

Ramai yang tidak setuju dan marah dengan tindakan ibu mangsa. Kenapa dia perlu mempertahankan anak lelakinya yang terang-terang salah? Kenapa perlu mengabaikan dan hantar jauh dari rumah anak perempuannya yang menjadi mangsa? Hal ini tidak sepatutnya terjadi.

perempuan 13 tahun
perempuan 13 tahun

Ramai juga mempersoalkan kenapa anak lelakinya hanya dihantar ke sekolah pondok. Sepatutnya lelaki tersebut menerima hukuman terhadap apa yang dia lakukan tapi ini sebaliknya.

perempuan 13 tahun

Jabatan Kebajikan Masyarakat difahamkan sudah terlibat dengan kes ini. Semoga mangsa diberikan perlindungan yang sepatutnya dan abangnya diberi hukuman dan pengajaran yang setimpal dengan perbuatannya.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas