Connect with us

Oh! Media

Penyewa Mengaku Salah Tikam Pemilik Rumah, Dibenarkan Ikat Jamin RM3,500

Ohmedia penyewa tikam pemilik rumah

Oh! Tidak

Penyewa Mengaku Salah Tikam Pemilik Rumah, Dibenarkan Ikat Jamin RM3,500

Seorang penyewa rumah telah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menikam pemilik rumahnya menggunakan pisau pada Khamis lalu.

Tertuduh, Mohd Shah Rizal Yang, 40, membuat pengakuan bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan. Insiden itu berlaku di sebuah rumah di Kampung Lasah, Sungai Siput Utara pada jam 11 pagi, 15 Ogos lalu.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Shah Rizal didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Hairolnizam Osman, 44, menggunakan pisau. Kesalahan ini di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun, denda, sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut jika sabit kesalahan.

IKLAN

Mahkamah benarkan tertuduh diikat jamin sebelum perbicaraan seterusnya…

Timbalan Pendakwa Raya, R. S. Vitthiyeswary, menawarkan jaminan RM10,000 dengan syarat tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap dua minggu sekali dan tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Hajar Hamzah, memohon agar jaminan dikurangkan kerana anak guamnya hanya bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan sekitar RM30 sehari.

Mahkamah akhirnya membenarkan jaminan sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin, serta syarat tambahan yang perlu dipatuhi. Kes ini akan disebut semula pada 21 Oktober depan untuk serahan laporan perubatan.

Ohmedia penyewa tikam pemilik rumah

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas