Connect with us

Oh! Media

Penumpang Mengamuk Flight Delay 8 Jam, Anthony Loke Arah Malindo Air Mohon Maaf

Oh! Tidak

Penumpang Mengamuk Flight Delay 8 Jam, Anthony Loke Arah Malindo Air Mohon Maaf

Kecoh di media sosial baru-baru ini mengenai seorang penumpang yang mengamuk di hadapan kaunter daftar masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Apa kes pula ni gang?

ADVERTISEMENT

BACA: Juruterbang Bikin Cemas, Punca Penerbangan ‘Delayed’ 11 Jam!

Difahamkan, kemarahan penumpang tersebut berpunca daripada kegagalan syarikat itu untuk memberikan jawapan dan solusi terbaik buat para penumpang selepas penerbangan dari (KLIA) ke Bintulu, Sarawak tertangguh selama lebih 8 jam.

@opmchimmy Flight delayed 8 hours , supposedly to catch on flight at 2335 hrs @22/12/2022 , but delayed until 0740hrs @ 23/12/2022 without any announcement given to all the passengers:( #malindoair #batikair ♬ original sound – Chimmy

Video yang mendapat lebih 2.9 juta tontonan itu dipenuhi dengan kecaman warganet yang berang tiada tindakan sepatutnya dilakukan syarikat penerbangan berkenaan.

Anthony Loke arah Malindo Air mohon maaf

Terbaru, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengarahkan pengurusan syarikat penerbangan Malindo Air untuk memohon maaf terhadap semua penumpang yang ‘disidai’ mereka.

Perkara itu diumumkan Anthony Loke yang membalas aduan seorang penumpang menerusi laman Twitternya.

Salam Saudara Firdaus, saya dah hubungi pengurusan Malindo Air.

Mereka akan hubungi semua penumpang yang terjejas untuk memohon maaf dan mengambil tanggungjawab.

Terdahulu, salah seorang penumpang yang dikenali sebagai Mohd Firdaus telah pun membuat satu ciapan meminta agar Anthony Loke mengambil tindakan terhadap syarikat penerbangan tersebut yang didakwa tidak menjaga kebajikan para penumpang yang terkandas hampir 19 jam lamanya.

Kredit: TikTok chimmy | Twitter Anthony Loke

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas