Connect with us

Oh! Media

Penjual Kereta Sedang ‘Live’ Tak Sengaja Terakam Suami Lempang Isteri Depan Orang Ramai

Suami lempang isteri depan orang ramai ohmedia

Oh! Tidak

Penjual Kereta Sedang ‘Live’ Tak Sengaja Terakam Suami Lempang Isteri Depan Orang Ramai

Baru-baru ini tular di X, sebuah video rakaman yang mencetuskan kemarahan netizen apabila memaparkan seorang lelaki melempang isterinya di hadapan orang ramai.

Kejadian itu berlaku ketika seorang pengguna TikTok sedang membuat live jualan kereta di sebuah pasaraya.

Suami terlalu baran sampai sanggup lempang isteri

Kejadian mengejutkan itu berlaku apabila seorang wanita dilihat menuju ke arah pintu utama dengan wajah ketakutan. Namun, sebaik suaminya muncul, dia ditampar dengan kasar sambil memarahinya.

IKLAN

Rakaman video tersebut sudah tular di media sosial dan rata-rata ramai yang mengecam tindakan lelaki tersebut.

Netizen risau tengok…

Suami Lempang Isteri

Tindakan suami yang bersikap baran itu mendapat kecaman hebat daripada netizen, yang rata-rata berasa marah dan risau dengan nasib wanita tersebut. Mereka turut bimbang kejadian itu mungkin lebih buruk apabila si isteri berada di rumah.

Kalau di tempat awam pun dia berani buat macam tu, di rumah entah apa lagi nasib isteri dia

Susulan kejadian tersebut, individu yang merakam video itu dilaporkan telah membuat aduan kepada pihak polis bagi memastikan keselamatan wanita tersebut.

Kes keganasan rumah tangga masih tinggi

Suami Lempang Isteri

Berdasarkan laporan, sebanyak 2,794 kes keganasan rumah tangga direkodkan dari tahun 2021 hingga 2023 di seluruh negara. Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 773 kes, termasuk 81 kes di daerah Klang.

Angka ini menunjukkan bahawa keganasan rumah tangga masih menjadi isu serius yang memerlukan perhatian segera daripada masyarakat dan pihak berkuasa.

#OhmediaNasihat

Keganasan rumah tangga adalah satu bentuk penderaan yang tidak seharusnya berlaku kepada sesiapa pun. Kalau ada sesiapa yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga, segera dapatkan bantuan daripada pihak berkuasa atau organisasi yang berkaitan.

Suami lempang isteri depan orang ramai ohmedia

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook
Rujukan kami: X


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ainin Sofia
Sentiasa mencari inspirasi dalam kehidupan seharian. Setiap pengalaman mempunyai cerita disebaliknya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas