Connect with us

Oh! Media

Penjaja Buah Selamba Raba Buah Dada Sepupu Isteri Sendiri

Trending

Penjaja Buah Selamba Raba Buah Dada Sepupu Isteri Sendiri

Seorang penjaja buah didakwa raba buah dada sepupu kepada isterinya sendiri dan telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas dua pertuduhan.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku di sebuah rumah di Bukit Lintang, Melaka pada Jun tahun lepas dan April tahun ini.

Bagi pertuduhan pertama tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun secara meraba payu dara mangsa di sebuah rumah di Batu 6, Lorong Imam Haji Hashim, Tambak Bugis, Bukit Lintang, dekat sini, pada Jun 2021, kira-kira jam 8 pagi.

Pertuduhan kedua, dia didapati melakukan kesalahan sama terhadap mangsa sama yang berusia 17 tahun ketika kejadian pada April lalu kira-kira jam 9 pagi di tempat sama.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan mangsa adalah sepupu kepada isteri tertuduh, namun mencadangkan jaminan RM30,000 berserta syarat tambahan sekiranya dipertimbangkan mahkamah.

Peguam, Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh, bagaimanapun merayu jaminan rendah dengan alasan anak guamnya hanya bekerja sebagai peniaga buah potong sambil dibantu isterinya dengan pendapatan RM2,000 sebulan.

Selain itu, katanya tertuduh juga perlu menjaga ibu bapa mentua yang juga orang kurang upaya (OKU) serta bersedia dengan syarat tambahan ditetapkan.

Seorang penjaja buah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap sepupu isterinya, pada Jun 2021 dan April tahun ini.

Tertuduh berusia 22 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas