Connect with us

Oh! Media

Pengantin Lelaki Terpaksa Sanding Tanpa Isteri, Hanya Bersama ‘Laptop’

sanding tanpa isteri

Trending

Pengantin Lelaki Terpaksa Sanding Tanpa Isteri, Hanya Bersama ‘Laptop’

Musim pandemik Covid-19 ni merupakan musim yang kita tak boleh nak agak apa yang akan berlaku dalam masa terdekat. Macam-macam boleh terjadi dalam sekelip mata je! Tular di media sosial baru-baru ni, seorang lelaki terpaksa sanding tanpa isteri di sisi kerana si isteri terkena jangkitan Covid-19.

ADVERTISEMENT

BACA: Gadis Tersalah Tengok Tarikh Kenduri Kahwin Kawan Terpaksa Makan Dekat Majlis Orang Lain

Situasi ini dikongsikan di laman TikTok kakleeha, dimana pengantin perempuan hanya berada di skrin laptop memakai busana songket biru sedondon dengan suami kerana perlu menjalani kuarantin kendiri.

Positif sehari sebelum majlis

sanding tanpa isteri

Menerusi laporan Metro, Meor Izz Rasydan dan pasangannya Fazliana Sjafni, terpaksa melakukan resepsi jarak jauh itu kerana Fazliana disahkan positif Covid-19 sehari sebelum majlis selepas melakukan ujian RT-PCR, (Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction).

Perasaan sangat sebak apabila terpaksa berjalan dan duduk di atas pelamin sendirian ketika majlis resepsi tanpa diiringi isteri walhal ia adalah hari penting buat kami berdua.

Rasa sebak dan sedih tetapi saya akur, reda atas ketentuan Ilahi jika ini qadak dan qadar Allah yang sudah tertulis.

Mereka berdua telah bernikah pada 22 Februari lalu, dan bercadang untuk membuat resepsi pada 27 Februari di sebuah dewan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur namun hasrat kedua mempelai ini tidak kesampaian.

Tak duduk bersama, suami negatif

Selepas bernikah Meor dan Fazliana tidak duduk bersama dan ini yang menyebabkan Meor tidak bergejala dan memiliki keputusan negatif untuk Covid-19.

Bagi mengatasi situasi tidak terduga ini, saya bersama adik ipar dan keluarga suami cuba sedaya upaya mencari jalan dengan cara mengadakan persandingan secara virtual iaitu melalui panggilan video.

Kerana itulah, suami terpaksa bersanding bersama komputer riba di pelamin dan saya pula di rumah hanya mampu membuat panggilan video dengan sepersalinan songket yang sepatutnya kami idamkan untuk dipakai bersama pada majlis resepsi.

Mereka tidak menangguhkan majlis persandingan itu kerana tetamu semua sudah tiba di Kuala Lumpur sehari lebih awal. Jadi, mereka buat keputusan untuk teruskan majlis dan bersanding secara virtual sahaja.

Walaupun sedih, tapi mereka berdua reda dengan ketentuan Allah.

Macam-macam dugaan yang melanda pasangan mempelai pada musim pandemik ni, kan? Harap semuanya tabah menghadapi ujian yang melanda. In sha Allah, semoga semua urusan orang di luar sana yang nak berkahwin dipermudahkan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas