Connect with us

Oh! Media

Gadis Tersalah Tengok Tarikh Kenduri Kahwin Kawan Terpaksa Makan Dekat Majlis Orang Lain

perkahwinan

Trending

Gadis Tersalah Tengok Tarikh Kenduri Kahwin Kawan Terpaksa Makan Dekat Majlis Orang Lain

Siapa pernah kena situasi macam ni? Kami setakat ni tak pernah lagi tersalah masuk majlis orang, haha! Tapi apa boleh buat, itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang tersalah masuk kenduri orang lain yang disangkakan kawannya.

ADVERTISEMENT

Pasangan kekasih ini berkongsi pengalaman mereka di TikTok dan ia menarik perhatian ramai apabila ada yang pernah alami situasi sama.

Aku dah sampai, tapi betul ke kenduri ni?

Warah memaklumkan dia bersama pasangan telah tiba di satu majlis perkahwinan. Dia kemudian menghantar pesanan ringkat kepada rakannya untuk bertanyakan samaada dia berada di majlis yang betul atau tidak. Ini kerana dia mendapati tiada seorangpun tetamu yang dia kenal.

Semalam kenduri aku, aku tengok juga kau tak ada

Selepas mendapat jawapan dari kawannya, ternyata betullah mereka hadir majlis orang lain. Lebih mengejutkan apabila dewan yang mereka datang betul, malangnya majlis kawannya sudahpun berlangsung sehari sebelum kejadian. Ini kes salah tengok tarikh lah ni, huhu…

Sebaik mengetahui mereka berada di majlis yang salah, pasangan terbabit bertindak untuk terus menjamah hidangan yang disediakan tuan rumah. Tindakan mereka ini turut mendapat perhatian netizen yang merasakan makanan yang mereka makan akan menjadi haram jika tuan rumah tidak halalkan.

Pasangan terbabit bagaimanapun memaklumkan mereka telahpun memaklumkan keberadaan mereka kepada pasangan pengantin di majlis berkenaan dan semuanya terkawal.

@waraaaaaah

Dia suka ajar bukan bukan 😭

♬ original sound – wara || vevashe.s

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas