Connect with us

Oh! Media

Penganjur Food Fest Dikecam Guna Gambar Allahyarham Zara Qairina Untuk Promosi

Ohmedia food Fest Zara

Oh! Tidak

Penganjur Food Fest Dikecam Guna Gambar Allahyarham Zara Qairina Untuk Promosi

Food Mania 2025 dikecam netizen selepas guna gambar arwah Zara Qairina untuk poster promosi.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila sebuah acara makanan di Dungun mempamerkan poster Allahyarham Zara Qairina sebagai promosi.

Poster tersebut disertakan tanda pagar #JusticeForZara membuatkan netizen tidak berpuas hati.

“Common sense letak mana?”

Netizen menganggap penggunaan gambar arwah untuk tujuan promosi pesta makanan adalah tidak sensitif dan tidak menghormati keluarga mangsa.

IKLAN
View on Threads

Seorang pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa dengan tindakan penganjur yang dianggap keterlaluan.

Aku rasa something wrong somewhere. Ini bukan perjuangan keadilan. Kau promote pesta makanan lepas tu kau tempek muka orang yang dah pergi. Apa niiii? Takkan takleh fikir benda macam ni? Common sense letak mana?

Ramai juga berpendapat penggunaan wajah arwah Zara untuk menarik pengunjung hadir ke acara tersebut seolah-olah mempergunakan tragedi yang menimpa mangsa semata-mata untuk keuntungan.

Netizen anggap tidak beretika

Zara Qairina
Screenshot

Rata-rata komen yang ditinggalkan melabel tindakan itu sebagai tidak beretika, tidak berperasaan dan tidak menghormati sensitiviti keluarga arwah.

The real bangsat. No sympathy, no empathy, no soul & no common sense.

Ada juga yang menyifatkan tindakan sebegini hanya mencalarkan perjuangan sebenar mencari keadilan buat arwah Zara kerana ia seolah-olah menunggang isu untuk kepentingan lain.

Pssttt! Perjuangan menuntut keadilan tidak seharusnya dicampur-adukkan dengan agenda promosi. #JusticeForZara

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas