Connect with us

Oh! Media

Pengamal Perubatan Dituduh Cabul Perempuan 15 Tahun Ketika Lakukan Rawatan

pengamal

Oh! Tidak

Pengamal Perubatan Dituduh Cabul Perempuan 15 Tahun Ketika Lakukan Rawatan

Baru-baru ini tersebar video yang menunjukkan seorang pengamal perubatan Islam telah dipukul beberapa pengamal lain akibat dituduh menjalankan rawatan yang salah. Dia yang lebam di mata kiri serta calar di muka membuat laporan polis.

ADVERTISEMENT

BACA: Viral Anak ‘Meracau’ Panjat Dinding, Wanita Kecewa Bila Dituduh Guna Sihir

Bagaimanapun, pihak polis telah menerima satu lagi laporan polis yang mendakwa pengamal perubatan yang sama telah disyaki mencabul remaja perempuan ketika melakukan rawatan.

Mangsa berusia 15 tahun ini mengadu kepada ibunya bahawa dia telah dipegang dan diraba seluruh badan ketika suspek melakukan rawatan di dalam bilik. Keluarga mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Kerian tengah semalam.

Kejadian berlaku pada jam 11 pagi, 2 Ogos lalu, mangsa menjalani rawatan tradisional oleh suspek yang dipanggil ‘ustaz’ di rumah di Pasir Tumboh. – Kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat.

Pihak polis turut mendapati mangsa memang kerap menerima gangguan makhluk halus dan mengalami masalah histeria. Disebabkan itu keluarga mangsa memanggil lelaki berusia 39 tahun yang berasal dari Perli untuk melakukan rawatan tradisional.

Suspek bagaimanapun difahamkan masih menerima rawatan di hospital dan akan dipanggil pihak polis untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 14(1) (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top