Connect with us

Oh! Media

Tular Pelitup Muka Tajuddin Berharga RM1,698, Biar Betul? LG Dedah Harga Promosi Pada RM749 Bagi Satu Unit

Pelitup muka

Trending

Tular Pelitup Muka Tajuddin Berharga RM1,698, Biar Betul? LG Dedah Harga Promosi Pada RM749 Bagi Satu Unit

Pelitup muka yang dipakai ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menjadi perhatian baru-baru ini selepas ianya dikatakan berharga lebih RM1.6k oleh seorang pengguna Twitter. Pergh! Biar betul?

ADVERTISEMENT

Harga yang dikatakan itu sama sekali tidak betul. Pelitup muka ini dijual pada harga RM749 bagi satu unit dan ianya merupakan produk dibawah rangkaian LG Puricare. Ianya dilengkapi dengan teknologi pembersihan udara untuk memastikan pengguna menghirup udara yang bersih.

Apa yang unik sangat pasal pelitup muka dari LG ini? Untuk pengetahuan, LG PuriCare™ Wearable Air Purifier ini mempunyai dua penapis HEPA H13 iaitu penapis prestasi tinggi yang sama digunakan di penapis udara premium. Ianya mampu menghapuskan partikel yang memudaratkan seperti habuk, virus, bakteria dan alergan sehingga 99.95 peratus tau.

Pelitup muka ini juga mampu mencegah pengguna daripada merasa sesak nafas dan boleh mengelakkan cermin mata berkabus bagi sesiapa yang bermata empat. Terdapat kawalan kipas pengaliran auto pada 10-55 liter per minit yang mampu memberi keselesaan bernafas pada bila-bila masa.

Menariknya, LG PuriCare™ Wearable Air Purifier ini dilengkapi dengan ciri VoiceOn yang  buatkan percakapan korang akan didengari orang sekeliling dengan lebih jelas dari mikrofon dan pembesar suara yang tersedia. Pergh! Terbaik gila. 

Bukan tu jer, ianya sangat bergaya dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja dengan bateri berkapasiti 1,000mAh yang mampu bertahan sehingga 8 jam penggunaan. Tambah lagi, LG juga akan keluarkan aplikasi yang membolehkan pelitup muka ini disambungkan ke Bluetooth bagi pengguna mengesan pernafasan dan menguruskannya hanya menggunakan telefon pintar sahaja.

Bagi sesiapa yang berminat, LG PuriCare™ Wearable Air Purifier ini bakal tiba di Malaysia pada bulan September ini dan korang boleh membelinya melalui semua pengedar sah LG serta LG Official Store di Lazada dan juga Shopee.

Pakej dan Tempoh Tempahan Awal  

Tempoh tempahan awal untuk LG PuriCare™ Wearable Air Purifier bermula pada 20 Ogos hingga 31 Ogos bergantung kepada tempahan awal Pakej Permulaan dan Pakej Berkembar di bawah:

Pakej Permulaan

Pakej Berkembar

Untuk keterangan lanjut, layari https://www.lg.com/my/puricare atau ikuti Facebook rasmi LG di https://www.facebook.com/LGEMalaysia/  untuk maklumat terkini, berita dan promosi.

Kredit: Astro Awani | LG

Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas