Connect with us

Oh! Media

Pelajar Warga Asing Kantoi Intai Jiran Mandi, Gigih Panjat Dan Buka Tingkap Tandas!

Intai jiran mandi

Trending

Pelajar Warga Asing Kantoi Intai Jiran Mandi, Gigih Panjat Dan Buka Tingkap Tandas!

Seorang pelajar warga asing telah ditahan selepas dipercayai mengintai jirannya yang sedang mandi di sebuah kondominium di Cyberjaya. Kurang ajar betul mamat ni!

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Kosmo, lelaki tersebut kantoi melakukan perkara itu selepas jiran kepada mangsa nampak suspek memanjat satu ruangan di sebelah tandas rumah mangsa dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof.

Saksi juga mendakwa suspek turut membuka cermin tingkap tandas dan berdiri di ruangan tepi tandas itu untuk mengintai. Bagaimanapun, mangsa tiada di rumah ketika kejadian. Saksi yang kemudiannya melihat suspek melarikan sehelai seluar milik mangsa, sempat merakam perbuatan lelaki itu menggunakan telefon pintar.

Kemudian, saksi tersebut cuba untuk mengejar lelaki berkenaan namun gagal.

Suspek berusia 23 tahun itu berjaya ditahan kira-kira jam 4 petang bersama sehelai baju warna putih, sehelai seluar pendek warna hitam dan sepasang selipar warna hitam serta sebuah telefon bimbit.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 509 dan 379 Kanun Keseksaan. Malah, siasatan mendapati, suspek yang merupakan seorang pelajar ini tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas