Connect with us

Oh! Media

Pelajar Dalam Video Viral Dah Dipanggil Beri Keterangan

Oh! Tidak

Pelajar Dalam Video Viral Dah Dipanggil Beri Keterangan

Tindakan beberapa orang pelajar membuli seorang pelajar lelaki dengan cara memukulnya telah mengundang reaksi marah orang ramai.

ADVERTISEMENT

Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah sekolah berasrama di Perak itu turut mendapat perhatian polis dan kini siasatan lanjut sedang dijalankan.

BACA: Tular Video Pukul Rakan Macam ‘Punching Bag’, Polis Buka Kertas Siasatan

Dalam perkembangan terkini, Ketua Polis Perak Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash Wahid menerusi satu kenyataan berkata, polis telah memanggil semua pelajar yang terlibat dalam video tular untuk membantu siasatan.

Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Selain pelajar berkenaan, turut dipanggil adalah pemilik akaun sosial yang berkongsikan video bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan.

Berdasarkan siasatan awal, kejadian buli itu berlaku antara jam 1 hingga 2 pagi pada 9 Disember 2021. Mangsa dan tujuh suspek remaja merupakan pelajar tingkatan 1.

Pihaknya turut menerima laporan berkaitan kes daripada pengetua sekolah pada jam 1 tengah hari hari ini selepas video tular.

Dalam kenyataan itu, pihak polis menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran masyarakat selain dibimbangi dapat mengganggu proses siasatan.

Kenyataan penuh:

Kredit: Facebook Polis Perak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas