Connect with us

Oh! Media

Pelajar Asing Wajib Pelajari Bahasa Melayu Jika Nak Belajar Di Malaysia – Ismail Sabri

bahasa melayu

Trending

Pelajar Asing Wajib Pelajari Bahasa Melayu Jika Nak Belajar Di Malaysia – Ismail Sabri

Perdana Menteri , Ismail Sabri Yaakob menyatakan mana-mana pelajar asing yang mendaftar di Universiti dalam Malaysia bakal diwajibkan mempelajari Bahasa Melayu.

ADVERTISEMENT

BACA: Kurang Guna Bahasa Melayu, PM Tegur Agensi Kerajaan, GLC Dan Swasta Dalam Majlis Perasmian

Menerusi laman Thevocket, menteri pengajian tinggi, Noraini Ahmad setuju untuk mewajibkan Bahasa Malaysia kepada semua pelajar asing.

Harap Bahasa Melayu jadi bahasa kedua Asean

bahasa melayu

Ismail Sabri menyatakan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengambil tindakan terhadap mereka yang memaparkan papan tanda Bahasa Malaysia yang mempunyai kesalahan.

Mengharapkan Bahasa Malaysia untuk menjadi bahasa kedua Asean, Ismail meminta perwakilan parti untuk memperjuangkan penggunaan bahasa tersebut kerana ia merupakan bahasa ketujuh paling banyak digunakan di dunia.

Menurut Azhar Ahmad, perwakilan Perak, perlunya seseorang itu untuk menguasai Bahasa Malaysia adalah kerana ia adalah antara 10 bahasa paling popular di dunia.

Ismail Sabri juga telah meminta pegawai kerajaan untuk menggunakan Bahasa Malaysia ketika berucap di persidangan dan pertemuan di luar negara.

Semoga penggunaan Bahasa Malaysia akan lebih meluas dan makin ramai rakyat di luar negara menggunakan bahasa yang indah ini.

Kredit: Thevocket

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas