Connect with us

Oh! Media

Pekerja Malaysia Bakal Terima Gaji Lebih Tinggi Tahun Depan?

wang simpanan

Oh! Tidak

Pekerja Malaysia Bakal Terima Gaji Lebih Tinggi Tahun Depan?

Semua orang pasti inginkan gaji yang lebih tinggi berbanding sekarang, betul tak? Untuk pengetahuan, pekerja Malaysia bakal menerima kenaikan gaji sebanyak 4.5 peratus secara median pada tahun depan.

ADVERTISEMENT

BACA : Viral Notis Bos Larang Staf Cas Telefon Di Pejabat, Tolak Gaji Kalau ‘Degil’

Menurut laporan Berita Harian, perkara ini dibuat mengikut Tinjauan Jumlah Imbuhan 2021 oleh Mercer yang membabitkan sebanyak 544 organisasi dengan 97 peratus daripadanya adalah syarikat multinasional (MNC) merentasi 10 industri di Malaysia di antara April dan Jun tahun ini.

Walaubagaimanapun, ia masih lebih rendah daripada tahap pra-pandemik dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Perniagaan Karier Mercer di Malaysia, Koay Gim Soon.

Kenaikan adalah sebanyak 0.4 peratus lebih banyak daripada tahun ini yang mencatatkan cuma 4.1 peratus tetapi masih rendah kalau nak dibandingkan dengan tahun 2019 dan perkara ini dikatakan sendiri Mercer.

Berdepan dengan tekanan kewangan, kami melihat perbezaan dalam cabaran yang dihadapi dan kadar pemulihan bagi MNC dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menurutnya lagi, majikan di Malaysia juga akan meningkatkan pembayaran secara purata kepada 2.2 peratus untuk tahun 2021 dari segi bonus yang sebelum ini hanya 2.1 peratus pada 2020. 

Apapun, semoga wabak ini akan berakhir dengan cepat supaya kita dapat menjalani kehidupan seperti sediakala. Jangan lupa untuk sentiasa mematuhi SOP  yang ditetapkan ya.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas