Connect with us

Oh! Media

Pekerja Asing Makan Nasi Dengan Garam, Dapat Simpan RM800k, Ada Rumah Dan Tanah Di Kampung

Oh! Tidak

Pekerja Asing Makan Nasi Dengan Garam, Dapat Simpan RM800k, Ada Rumah Dan Tanah Di Kampung

Viral di media sosial satu rakaman video memaparkan seorang lelaki dipercayai warga asing makan dengan berselera sekali hanya berlaukkan bawang dan garam.

ADVERTISEMENT

Dapat dilihat lelaki itu membasahkan nasi dengan air lalu menyuapnya ke mulut sesekali menggigit bawang merah mentah dan cili hijau.

Kedengaran perakam bertanyakan lelaki itu berapa jumlah wang yang berjaya dikumpulnya dengan hanya makan nasi dan garam.

You makan ini macam saja ke? Garam, cili, bawang merah. Ini saja makan.

Lelaki itu menjawab dia ada wang simpanan RM800,000, sebuah rumah dan sebidang tanah di kampung. Dia sama sekali tak kisah makan nasi berlaukkan garam asalkan kenyang dan boleh teruskan kerja macam biasa.

@pokchek906 Nmpak kesian tapi duit kat kg mcm gunung #fyp #bangladesh #tiktokmalaysia #makan ♬ original sound – @awe

Amacam bhai, sedap? Sedap juga janji kenyang.

Di ruangan kapsyen, perakam berkata memang kesian bila tengok pekerja warga asing makan tetapi kebanyakan mereka sebenarnya ada sejumlah wang yang besar di kampung.

@pokchek906 Gaji 5.5k hntar kg 5.2k. Dah 19thun kt malaysia. 12blnx19thn=228blnx5.2k=1,185,600 mat… lbh dri 800k mat hntar kg #fyp #tiktokmalaysia #banglaldesh ♬ original sound – @awe

Sini pakai wang apa guna? Hantar kampung bagi sama orang tua. Sana ada orang tua, biarlah pakailah wang.

Apa yang penting bagi mereka adalah wang untuk kegunaan keluarga biarkan di negara orang mereka hanya makan nasi berlaukkan bawang dan garam. Respect!

Kredit: TikTok @pokchek906

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas